top of page

Portfolio

Program Korban Perdana 2025

Majlis Korban Perdana bagi tahun 1446H/2025M anjuran Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki - Pengerusi MARA, bersama Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan bertempat di perkarangan Padang Bola Kg Jong, Gerik..Sebanyak 48 ekor lembu telah dikorbankan pada majlis tersebut yang turut melibatkan seramai 1000 penduduk sekitar Gerik

Hari Harimau Sedunia 2025

Sambutan Hari Harimau Sedunia di Gerik telah diadakan pada 2 Ogos, bertempat di Taman Inai, Gerik. Organisasinya adalah oleh Harimau Malaysia (RIMAU). Sambutan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melindungi harimau. DYMM Raja Permaisuri Zara Salim juga pernah menghadiri sambutan ini pada tahun 2019

Pesta Loma Gerik

Penganjuran Fiesta Loma Gerik yang bertempat di Dataran Kampung Jong dan Dataran Loma, Kuala Rui, Gerik hari ini berjaya menarik minat pelbagai lapisan masyarakat untuk menyaksikan acara berkenaan.
Program itu diadakan bersempena dengan kehadiran ikan loma yang mudik ke hulu Sungai Rui dari Sungai Perak untuk bertelur di antara bulan September hingga bulan November pada setiap tahun.

bottom of page